September 11, 2009

Selamat Hari Jadi yg Pertama buat Muhamad Rayyan Mohd Faizal

Salam Sayang buat anak mama yang dikasihi,
Muhamad Rayyan...
Bila mama tau yang mama mengandungkan Rayyan, mama rasakan bagaikan mimpi indah yang hadir dlm diri mama..
Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa mama & papa selama ini..
Walaubagaimanapon mama masih risau dan gusar jika perkara lama yang tidak enak berulang semula...
Ketika dalam kandungan lagi, mama jaga Rayyan dengan penuh kasih sayang dan hati hati...
Dlm hati mama tidak putus putus mendoakan semoga rayyan menjadi seoraang yg sempurna segalanya & selamat dilahirkan...
Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah berikan pada mama & papa..
Tanggal 11 September 2008 tepat jam 12.32 tgh mlm, Rayyan selamat dilahirkan...
Rayyan disambut dengan penuh kegembiraan...
Sedikit pon rasa sakit mama tidak rasa..hanya air mata kegembiraan melihat anak mama sihat sempurna dilahirkan dengan selamat...
Rayyan telah beri sinar hidup yang baru buat mama & papa...
Hari ini genap Rayyan berumur setahun...
Cepat betul anak mama membesar...
Mama mohon maaf sekiranya selama ini mama tidak menjaga Rayyan dengan betul..
Mama berjanji untuk memperbetulkan segala kelemahan mama dan menjaga anak anak mama dengan baik...
InsyaAllah kalau dipanjangkan umur mama...
Mama nk Rayyan tahu yang mama sayang Rayyan sgt sgt..
Mama sgt bertuah & bersyukur dapat melahirkan Rayyan..
Mama doakan yang terbaik untuk Rayyan...
Rayyan jadilah seorang anak yg soleh, berakhlak mulia, rajin beramal, rajin berilmu dan bertanggungjawab...
Jangan sesekali lupakan Allah, taat kepada Allah, taat kepada rasul, taat kepada mama & papa...
Rayyan jadilar seorang abang yang bertanggungjawab melidungi adik-adik rayyan..
Mama yakin Rayyan adalah seorang anak yang baik & mendengar kata...
Akhir sekali mama ucapkan Selamat Hari Jadi yang pertama buat anak mama yang tersayang...
Demi Allah kasih sayang mama & papa terhadap Rayyan tidak akan pudar hingga akhir hayat...


Salam sayang dari Mama Rayyan...

7 comments:

noris said...

aduh bergenang air mata baca.. almaklum lah, jalan cerita kita sama...

selamat harijadi yg pertama buat rayyan from aunty oyis, uncle sepol n aisyah di kejauhan...

samjap said...

Happy birthday Rayyan !

sarahaiman@iowa said...

"pjg umurnya..pjg umurnya..pjg umurnya serta mulia..serta muuliiiaaa...serta muuliiiaaaaaaaa..."

aameeennn...

happy birthday rayyan!

the next day rayyan dpt cousin baru pulak eh?double happiness gitu!!!alhamdulillahhhh

Nurfadhlina Mohd Sharef said...

Dear mama, naik bulu roma ai baca entry ni wehh..selamat menjadi ibu yang baik dan selamat ulangtahun pada Rayyan and of course congrats to u too!!

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

salam...

hey babe...

such a touching entry...nk nanes untie verde...nways, happy birthday charming rayyan...n untie verde n uncle hazz amin kan segala doa2 mama & papa rayyan k :)

&

hazz & me would like to wish YOU FAIZAL & FAMILY peace, happiness & prosperity on EID-UL-FITR!!!

May the divine blessings of ALLAH be with you & family on EID & Always!!!
:D

Sarahaiman@Iowa said...

Salam lebaran utk awk, faizal, rayyan n fam. Mohon maat ats sgl slh dan silap, minta dihalalkn sgl2nya spjg pesahabtn kita ye.
Have a blessed n wonderful syawal!
Take k n luv ya!

P/s: kte dh 2 hr ovrdue ni. Doakn kte n bb k

Sarahaiman@Iowa said...

Salam lebaran utk awk, faizal, rayyan n fam. Mohon maat ats sgl slh dan silap, minta dihalalkn sgl2nya spjg pesahabtn kita ye.
Have a blessed n wonderful syawal!
Take k n luv ya!

P/s: kte dh 2 hr ovrdue ni. Doakn kte n bb k